Kenyataan itu, yang dikeluarkan pada Jumaat, turut menyebut doktor masih memantau keadaan beliau.
Lee, 91, dimasukkan ke unit rawatan rapi hospital berkenaan sejak 5 Februari lepas kerana menghidap radang paru-paru yang teruk.
Beliau masih diberi ubat pelali dan dibantu mesin ventilasi mekanikal.
Lee, perdana menteri pertama Singapura yang meneraju kerajaan dari 1959 hingga 1990, dianggap antara perdana menteri paling lama berkhidmat di dunia.