KUALA LUMPUR: Aktivis pelajar, Adam Adli dan Sekritariat Bersih 2.0, Mandeep Singh ditahan reman sehingga Selasa susulan penahanan mereka pada Sabtu di himpunan mingguan #KitaLawan di kompleks beli-belah Sogo.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah berkata tempoh tahanan kedua-dua aktivis itu dilanjutkan bagi membantu siasatan.
Sementara itu katanya, Ketua Pemuda DAP Kebangsaan, Teo Kok Seong yang turut ditahan pada Sabtu dibebaskan dengan jaminan polis pada Ahad.
Ketiga-tiga mereka ditahan bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan haram di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan.