"Mengenai isu hudud, kami telah berbincang dan Perdana Menteri akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenainya," kata Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai kepada pemberita di Parlimen.
Beliau berkata Perdana Menteri dijangka akan membuat pengumuman rasmi mengenainya pada Jumaat.
Terdahulu, Liow bersama semua 13 Presiden parti komponen BN menyatakan sokongan penuh kepada Najib.