"Kerjasama dalam Pakatan Rakyat tidak melibatkan dasar parti. Kami tidak menyentuh agama dan hak mereka, jadi mereka juga tidak sepatutnya menyentuh agama kita.
"Apa yang penting adalah kami mengemukakan (rang undang-undang hudud) itu secara demokratik melalui sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan dan melakukan pembentangan kepada umum dalam seminar yang melibatkan semua," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ijtima' Antarabangsa Perpaduan Ummah kali ke-3 di sini hari ini.
Beliau mengulas desakan DAP supaya tindakan diambil terhadap PAS selain meminta PR menggantung kerjasama dengan parti itu sebagai tanda protes kerana meluluskan enakmen hudud Khamis.