suria

Pendirian DAP Tidak Masuk Akal - Dr Wee

Dr Wee Ka Siong.
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong menyifatkan pendirian PAS untuk mengekalkan kerjasama dengan PAS tetapi pada masa sama memutuskan hubungan dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai tidak masuk akal.

"Saya terkejut dengan kenyataan DAP. Ia hanyalah sandiwara oleh mereka.

"Seperti yang selalu diperkatakan, jika anda mahu memutuskan sesuatu hubungan, putuskan terus," kata Dr Wee kepada pemberita di Lobi Parlimen pada Selasa.

Beliau berkata hudud adalah pendirian PAS.

"Ia adalah pendirian parti itu dan bukan pendirian peribadi Hadi. DAP tidak boleh 'cincai' dan membangkitkan isu tersebut kerana PAS sentiasa konsisten dengan pendirian mereka terhadap hudud," katanya.

Dr Wee menegaskan beliau keliru dengan kenyataan DAP.

"Saya tidak pasti bagaimana untuk membaca kenyataan DAP. Ia adalah satu kenyataan pelik," katanya.

Pada Selasa, DAP menegaskan untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Rakyat dan pada masa sama menentang pelaksanaan hudud.

Parti itu turut memutuskan hubungan dengan Hadi yang disifatkan sebagai tidak jujur dan 'memalukan'.
DAP, Dr Wee Ka Siong, MCA, hudud, PAS

Artikel Lain