suria

Remaja Perempuan Tergelincir Di Lereng Bukit Tabur Ditemui Selamat

Gambar hiasan.
KUALA LUMPUR: Seorang remaja perempuan yang tergelincir dan jatuh ke dalam gaung di lereng Bukit Tabur, dekat Taman Melawati pagi Selasa, ditemukan selamat pukul 5.53 petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harul berkata pihaknya kini dalam usaha untuk membawa keluar Khairun Fatin Atiqah Khairul Hamid, 17.

"Operasi membawa keluar mangsa mungkin ambil masa sedikit," katanya ketika dihubungi pada Selasa. 

Beliau berkata pihaknya mendapat panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pukul 10.38 pagi dan tiba di lokasi 11.30 pagi.

Operasi pencarian melibatkan 26 pegawai dan anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Jabatan Perhutanan.

Dalam kejadian 8 pagi Selasa, mangsa bersama-sama lapan rakannya mendaki gunung itu melalui Empangan Klang Gate sebelum mangsa tergelincir dan jatuh ke dalam gaung di lereng ketika dalam perjalanan turun dari bukit itu.
Bukit Tabur

Artikel Lain