suria

Pelajar IPT Penyumbang Wabak Denggi Di Selangor

Kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Petaling, Mohammad Amiza Nor Azman sedang melakukan penyemburan 'Outdoor Residual Spray' bagi mengelak wabak denggi di lokaliti hotspot denggi di taman perumahan Seksyen 7, Shah Alam, Rabu.

SHAH ALAM: Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dikesan antara penyumbang utama berlakunya pembiakan nyamuk aedes di sekitar Seksyen 7, di sini yang dikenal pasti antara lokasi utama wabak denggi di Selangor.

Menteri Kesihatan, Datuk S.Subramaniam berkata, kawasan perumahan yang disewa pelajar IPT dikesan menjadi antara lubuk penularan wabak itu.

“Penekanan terhadap aspek kebersihan perlu ditingkatkan di kawasan yang didiami pelajar IPT.

“Walaupun mereka pelajar IPT tetapi tingkah laku dan sikap untuk menjaga kebersihan di kediaman mereka tidak memuaskan,” katanya ketika meninjau sekitar Seksyen 7 di sini pada Rabu.

Beliau juga berpendapat, jika pelajar berpendidikan tinggi tidak mampu berfikir untuk menjaga kebersihan, apatah lagi masyarakat yang tidak berpeluang menuntut ilmu ke peringkat lebih tinggi.

“Ini antara isu yang kita hadapi, jika menjaga kebersihan rumah sendiri pun tidak mampu ditangani bagaimana untuk menjaga persekitaran awam dan saya pelajar IPT dapat mengubah sikap mereka,” katanya.

Selain itu, katanya, Kementerian Kesihatan turut menjalankan aktiviti penguatkuasaan Ops Gempur Aedes di tapak pembinaan pada 10 Februari sehingga 14 Mac lalu di sekitar Selangor.

"Sebanyak 95 daripada 111 tapak binaan dikesan menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes dan kesemuanya akan didakwa di mahkamah," katanya.

IPT, denggi, Selangor

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan