suria

Najib Ke Singapura Khamis Beri Penghormatan Terakhir Kepada Kuan Yew

Najib Tun Razak.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak akan mengadakan lawatan ke Singapura pada Khamis bagi memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Lee Kuan Yew, mantan perdana menteri negara itu di Bangunan Parlimen Singapura. 

Najib diiringi isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, dan beberapa menteri kabinet termasuk Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, menurut kenyataan akhbar Wisma Putra pada Rabu.

Selain daripada Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G.Palanivel dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mah Siew Keong.  

Semasa di sana, Perdana Menteri akan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya Lee Hsien Loong, bagi menyampaikan secara peribadi ucapan takziah atas kematian Lee, yang juga bapa Hsien Loong. 

Kuan Yew, 91, terkenal sebagai pengasas Singapura moden, meninggal dunia Isnin lepas pada 3.18 pagi di Hospital Besar Singapura, setelah dimasukkan ke situ pada 5 Feb kerana menghidap radang paru-paru yang teruk.

Artikel Berikut

Artikel Lain