Pesuruhjayanya Satiful Bahri Mamat berkata tindakan itu dilihat seolah-olah cuba menjatuhkan kepimpinan Abdul Hadi sepertimana terdapat cubaan untuk menyingkirkan tokoh itu daripada kepimpinan ulama PAS akhir-akhir ini.
Malah kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang mendakwa Presiden PAS itu sebagai pembohong adalah keterlaluan dan bercanggah dengan akhlak Presiden PAS yang memimpin satu gerakan Islam yang mempunyai sejuta anggota, katanya.
"Mungkin perkara yang dilakukan Lim Guan Eng adalah satu isyarat kepada campur tangan DAP dalam PAS apatah lagi sejak mutakhir ini terdapat cubaan untuk menyingkirkan tuan guru Abdul Hadi Awang dari kepimpinan PAS.
Satipul Bahri berkata tindakan itu hanya akan merugikan dan memberi impak buruk kepada DAP yang akan kehilangan sokongan daripada orang Melayu kerana penentangan terhadap hudud dan penghinaan terhadap presiden PAS.