Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad berkata laporan yang dibuat di Balai Polis Jalan Travers di sini pagi Khamis juga bagi menegaskan apa yang disiarkan dan diterbitkan adalah tidak benar dan bukan dikeluarkan oleh pejabat berkenaan.
"Mesyuarat Majlis Raja-Raja tidak membincangkan perkara yang dihebohkan itu dalam mesyuaratnya.
"Pejabat itu juga tidak mengeluarkan siaran akhbar bertarikh 25 Mac (Rabu) yang menyentuh perkara (hudud) itu," katanya dalam satu kenyataan di sini Khamis.