KOTA KINABALU: Seorang penduduk kampung di utara Kudat dikejutkan dengan penemuan seekor ular tedung selar sepanjang 12 meter di tempat letak kereta di rumahnya. Bakir Ahmidul dari Kampung Tinutudan menemui ular itu berhampiran dengan pasu bunga selepas dia pulang ke rumah dari tempat kerja kira-kira pukul 4.40 petang Rabu. Dia kemudiannya segera menghubungi pihak bomba untuk mendapatkan bantuan. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Afendy Ramin berkata, penangkapan haiwan reptilia itu mengambil masa kurang daripada 20 minit. Tambahnya, ular itu kini disimpan di Balai Bomba Kudat dan akan diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar Sabah.