Khairy menyifatkan laporan itu tidak bertanggungjawab dan biadap.
Pada Khamis, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja membuat laporan polis bagi menafikan penyiaran sebarang kenyataan berhubung pendirian Majlis Raja-Raja dalam isu hudud.
Khairy berkata SKMM perlu segera mengambil tindakan tegas ke atas portal ini kerana ia menyentuh kredibiliti Majlis Raja-Raja yang menjadi simbol dan payung agama Islam di negara ini.
"Kegagalan SKMM membawa kes berkenaan ke mahkamah dikhuatiri akan menjejaskan nama baik Majlis Raja-Raja," katanya.
Beliau berkata walaupun Pemuda UMNO menyokong penuh kebebasan media namun kebebasan itu perlu ada batas dan bukan mutlak.