Bagaimanapun, beliau tidak akan meneruskan hasrat untuk mencabar keputusan itu kerana Gerakan telah memfailkan saman pemula terhadap kerajaan Kelantan pada 18 Mac untuk mengisytiharkan penguatkuasaan hudud sebagai tidak mengikut Perlembagaan dan menyalahi undang-undang.
"Jika Gerakan atau mana-mana pihak lain tidak memfailkan saman itu, saya akan melakukannya.
"Ini kerana hudud yang mahu dilaksanakan oleh PAS adalah hudud PAS dan mempunyai terlalu banyak kelemahan di dalamnya dan hendaklah dihentikan daripada dilaksanakan di sebuah negara berbilang kaum.
Turut hadir Ketua MCA Kota Baru, Tan Ken Ten dan ahli-ahli jawatankuasa.
"PAS sedang cuba untuk melaksanakan undang-undang mereka bagi kepentingan politik terutama apabila mereka membuat pindaan dengan menambah bilangan sebatan kerana berzina, minum arak dan lain-lain mengikut kehendak dan kemahuan mereka," katanya.
Zaid, yang merupakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab bagi hal ehwal undang-undang, berkata bukan sahaja orang bukan Islam tetapi orang Islam juga perlu mempersoalkan undang-undang seperti itu.