Menurut posting yang dimuat naik di laman blog, omakkau.blogspot.com, Ketua Umno Bahagian Langkawi itu didakwa membuat cadangkan tersebut sebagai membalas komen yang dibuat oleh Ridz Black di akaun Facebook peribadinya miliknya pada pukul 8.54 malam Selasa.
Dalam jawapan balas yang berbeza kepada Mirzza GlobalFotografi, pada pukul 8.55 malam, Nawawi dikatakan menjawab: "GST membantu negara dan akhirnya membantu rakyat. Kalau negara bankrap maka rakyat pun mampus."
Bagaimanapun, semakan di akaun Facebook Nawawi tidak dapat mengesan komen yang dimuat naik di blog berkenaan.Tahun lalu, Nawawi turut mengundang kontroversi dengan memuat naik gambar Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh dalam keadaan berlumuran darah selepas maut dalam kemalangan jalan raya.