KUALA LUMPUR: Malaysia pada Jumaat mengutuk serangan militin terhadap sebuah universiti timur laut Kenya, yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 147 orang terbunuh. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia menolak perbuatan ekstremisme yang dilakukan atas nama Islam. "Islam adalah agama yang mengutamakan keamanan, toleransi and rasa hormat," kata Najib dalam catatan dalam akaun Twitter beliau. Reuters melaporan lelaki bersenjata daripada kumpulan militan Al Shabaab merempuh masuk ke kampus Universiti Garissa dalam serangan pada waktu subuh dan membunuh sekurang-kurangnya 147 orang pada Khamis. Dilaporkan serangan itu berlaku hampir 15 jam selepas empat lelaki bersenjata melepaskan tembakan di dalam kampus itu.Empat lelaki bersenjata itu, badan mereka dipasang dengan bahan letupan, telah dibunuh, menurut seorang pegawai Kenya. Al-Shabaab, yang melakukan serangan maut di pusat beli-belah Westgate di Nairobi pada 2013, mendakwa bertanggungjawab melakukan serangan di kampus itu.