"Itu kerusi Keadilan dan kami akan memberikan sokongan 100 peratus kepada mereka," katanya kepada pemberita pada sidang media #BatalGST di sini Isnin.
Sebuah blog pro Pakatan Rakyat mencadangkan agar Mat Sabu bertanding di kerusi tersebut dan bukannya Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Kerusi tersebut diisytiharkan kosong selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen.
Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia pada Rabu berkata beliau menerima surat pemakluman Lembaga Pengampunan menolak petisyen diraja yang dipohon keluarga Anwar.
Mat Sabu bagaimanapun berkata PAS akan bertanding di PRK Rompin yang kosong berikutan kematian Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter yang terhempas, Sabtu lalu.
Kami berharap Pakatan Rakyat akan memberi sokongan kepada kami dalam PRK itu," katanya.
Mengenai jawatan Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu berkata beliau masih membuat sebarang keputusan berhubung perkara itu."Mungkin dalam tempoh dua minggu lagi," katanya.