suria

Pelancong Warga India Maut Terjatuh Tingkat Tiga Hotel

LUMUT: Seorang pelancong warga India maut selepas terjatuh dari tingkat tiga sebuah hotel di sini, Selasa.

Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata, kejadian pukul 7.30 pagi itu disaksikan sendiri oleh rakan mangsa yang berusia 38 tahun.

Beliau berkata mangsa, Balwinder Singh, 45, melancong ke Malaysia bersama rakannya itu sejak 30 Mac lepas sementara menunggu ejen menguruskan visa mereka ke Amerika Syarikat untuk bekerja di sana. 

Mohd Zailan berkata, kejadian itu mengakibatkan mangsa cedera parah di bahagian kepala dan seluruh anggota badan.

"Tiada tangkapan dibuat. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk bedah siasat," katanya.

Artikel Lain