suria

Pemandu Lori Maut Dirempuh Lori

REMBAU: Seorang pemandu lori maut selepas dirempuh sebuah lori ketika turun dari lorinya di Km240.3, Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS), arah utara berhampiran plaza tol Pedas-Linggi dekat sini, pagi Selasa.

Dalam kejadian kira-kira 5.40 pagi itu, R. Loganathan, 65, tercampak ke tengah lebuh raya akibat rempuhan itu dan mati di tempat kejadian, menurut kelindannya, R. Pirathivi.

Pirathivi, 24, berkata rakan sekerjanya itu memberhentikan lori dipandunya di lorong kecemasan lebuh raya berkenaan untuk membuang air kecil dan ketika turun dari lorinya, tiba-tiba sebuah lori merempuhnya.

"Saya amat terkejut dengan kejadian di depan mata saya itu. Saya kemudian bergegas turun dari lori untuk mengangkat rakan saya ke tepi lebuh raya," katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tampin untuk bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau DSP Ibrahim Sharif yang dihubungi mengesahkan kejadian itu dan menurutnya punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.

Rembau, Kemalangan Maut

Artikel Sebelum

Tauke 'Jus' Ketum Ditahan

Artikel Lain