Ini disahkan oleh pengarah festival Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) 2015, Livan Tajang apabila dihubungi Bernama pada Khamis.
Beliau berkata Chan dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada 8.30 malam esok.
Sebelum bertemu peminatnya, pelakon itu akan mengadakan sidang akhbar selama 20 minit, katanya.
"Ini merupakan penampilan rasmi Chan bersama orang ramai kerana beliau bercadang untuk menghabiskan cutinya, menikmati keindahan Kuching," tambah beliau.