suria

Wabak Taun: Pasar Ikan Beluran Ditutup Untuk Pembersihan

Suasana di Pekan Beluran.
BELURAN: Pasar ikan di Pekan Beluran ditutup bermula pada Jumaat sehingga 23 April ini untuk kerja-kerja pembersihan dalam usaha mengawal wabak taun daripada merebak.

Pegawai Daerah Beluran Suhaili Riman berkata, penutupan dilakukan berikutan operasi kawalan wabak dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Kawasan Beluran di pasar itu mendapati tahap kebersihan adalah menjadi risiko merebaknya wabak taun.

"Pasar ikan Beluran ditutup untuk kerja-kerja pembersihan dan penyediaan fasiliti air terawat untuk kegunaan penjaja," katanya.

Beliau berkata penutupan tidak semestinya mengambil masa hingga 14 hari dan boleh dibuka awal dari tempoh itu dengan bergantung kepada keputusan daripada Pejabat Kesihatan Kawasan Beluran.

Menurutnya semua aktiviti penjualan di bangunan pasar ikan itu termasuk sayur-sayuran, buah-buahan dan ikan kering adalah tidak dibenarkan.

pasar ikan Beluran

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain