Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata beliau akan mengadakan perbincangan dengan Pejabat Penasihat Undang-Undang kementerian untuk meminta Peguam Negara (AG) membuat pindaan terhadap rang undang-undang itu.
Katanya perkara itu turut mendapat perhatian Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) yang mahu rang undang-undang itu ditambah baik kerana merasakan ia tidak memuaskan hati terutama dalam perkara yang membabitkan budi bicara badan kehakiman.
"Kita dengar daripada semua pihak yang mempunyai kerisauan. Selepas perbincangan di peringkat kementerian, kita akan bawa perkara ini kepada AG untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Berdasarkan cadangan pindaan itu, jika mana-mana harta dirampas mahkamah hendaklah menganggap harta itu ialah harta tidak sah kecuali orang yang harta itu dirampas membuktikan sebaliknya melalui keterangan boleh terima.
Terdahulu ketika sesi pembentangan rang undang-undang itu, beberapa anggota Parlimen turut menggesa agar rang undang-undang itu ditangguhkan bagi proses penelitian semula.
Antara kebimbangan yang disuarakan mengenai rang undang-undang itu adalah terdapat unsur penganiayaan, tiada unsur kebaikan kepada rakyat dan tiada perbincangan mendalam untuk meluluskannya.