Ketika dihubungi The Star, Adun Bukit Batu, Jimmy Puah berkata beliau dan Adun Mengkibol, Tan Hong Ping bersama dengan pembantu peribadinya, Danny Tan dan aktivis Saqidin Omar ditahan dan dibawa ke ibu pejabat balai polis Johor Baru di sini.
"Masih belum dapat dipastikan sama ada polis akan menahan kami semalaman tetapi kami mungkin akan dibebaskan dengan ikat jamin," katanya.
Puah berkata penyokong yang menghadiri perhimpunan #kitaLawan sedang menunggu di luar perkarangan balai polis.
"Mereka ditahan dibawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman dan Seksyen 143 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi.