Komander Esscom Datuk Abdul Rashid Harun berkata daripada jumlah itu, 1,842 orang yang dipercayai pendatang tanpa izin (PATI) telah ditahan dan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk urusan penghantaran pulang ke negara asal mereka.
Beliau berkata kesemua mereka ditahan di pelbagai lokasi, termasuk pasar besar daerah dan tempat orang ramai berkumpul di pusat bandar Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu dan Sandakan.
Abdul Rashid berkata daerah Tawau mencatatkan jumlah tangkapan tertinggi iaitu 798 orang diikuti Sandakan (428) dan Lahad Datu (390 orang).
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif ESSCom Ruji Ubi, Pengarah Logistik dan Urustadbir ESSCom Brig Jen Subari Tomo, Pengarah Komponen Laut ESSCom Laksamana Pertama Maritim M. Karunanithi, Pengarah Bahagian Perisikan ESSCom Datuk Md. Rahim Mohammad, Pengarah Bahagian Keurusetiaan ESSCom Newmond Tibin dan Pengarah Bahagian Tindakan Awam ESSCom Wan Mohd Khalid Wan Kamal.
Abd Rashid berkata operasi bersepadu itu merupakan sebahagian daripada langkah drastik yang diambil oleh kerajaan susulan pengumuman Laporan Siasatan Diraja (RCI) Mengenai Isu PATI di Sabah.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai terutama majikan dan peniaga supaya tidak mengupah warga asing yang tidak memiliki dokumen dan permit sah sebagai pekerja di premis mereka.
"Pihak ESSCom tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang Imigresen. Soal keselamatan seharusnya mengatasi kepentingan individu atau perniagaan," katanya.