KUALA LUMPUR: Sebanyak 94 lagi rakyat Malaysia yang dibawa keluar dari Yaman, dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, pukul 11.35 malam Sabtu. Kementerian Luar dalam satu kenyataan di sini berkata kesemua mereka menaiki penerbangan Oman Air, WY 821 (Muscat-KLIA). Jumlah terkini rakyat Malaysia yang telah dibawa pulang dari negara itu setakat ini, termasuk 94 orang ini adalah 252 orang sejak 7 April lalu.