suria

Zahid, Hishammuddin Ditugas Bantu PRK Permatang Pauh, Rompin - Muhyiddin

Muhyiddin Yassin.

BUKIT MERTAJAM: Dua naib presiden Umno ditugaskan untuk membantu Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam persediaan bagi pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh dan Rompin.

Timbalan Presiden Umno berkata, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri, akan membantu dalam PRK Permatang Pauh manakala Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin di Rompin.

"Kita bersedia untuk berhadapan dengan pilihan raya kecil ini.

"Kita tahu kita (Umno) merupakan 'underdog' di Permatang Pauh tetapi tiada yang mustahil dalam politik," katanya selepas mengadakan mesyuarat tertutup bersama para pemimpin Umno Permatang Pauh di pejabat parti itu di Jalan Tanah Liat di sini, Ahad.

Tambah Muhyiddin, pemimpin tertinggi menerima beberapa cadangan mengenai calon untuk PRK Permatang Pauh dan akan menamakan calon tidak lama lagi.

Artikel Berikut

Artikel Lain