"Tuduhan tersebut bertukar dari hari demi hari. Walaupun Datuk Seri Najib (Tun Razak) menjawab beberapa isu yang beliau bangkitkan terlebih dahulu, beliau terus membangkitkan beberapa isu lain.
"Bila kita akan berhenti menjawab segala tuduhan yang dibangkitkan hampir setiap hari?"Apa penghujung kepada permainan itu, apa tujuannya? Jika kita terus seperti ini siapa yang akan mentadbir negara?
"Sesetengah pemimpin Umno menyifatkan kritikan tersebut keterlaluan dan ini boleh menjejaskan parti," katanya Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno kepada pemberita apabila ditanya mengenai serangan terbaharu Dr Mahathir terhadap Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak.