Majistret Mohd Rehan Mohd Aris menjatuhkan hukuman itu terhadap Alzival Ebno, 23, setelah dia mengaku bersalah melakukan perbuatan itu terhadap Mohd Zaki Hushariq Husin di kaki lima hadapan kedai My News.com Jalan P.Ramlee, Dang Wangi di sini pada 12.50 tengah malam, 12 April lepas.
Mahkamah memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman tersebut mulai tarikh dia ditangkap pada 12 April lalu dan jika gagal membayar denda itu dia boleh dipenjara sebulan.
Dia membayar denda itu.
Mengikut fakta kes, mangsa ditawarkan perkhidmatan seks oleh tertuduh ketika dia sedang menyamar sebagai orang awam di Jalan P.Ramlee selepas menerima maklumat berkaitan kegiatan lelaki yang berpakaian seperti wanita di kawasan itu.
Terdahulu tertuduh yang diwakili peguam Zulkifli Awang memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan dengan alasan anak guamnya menanggung ibu serta enam orang adiknya dan ini merupakan kali pertama tertuduh melakukan kesalahan itu kerana kesempitan hidup.
Timbalan Pendakwa Raya Najwa Bistamam pula memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal berbentuk pengajaran kerana kegiatan pelacuran adalah satu kesalahan serius.