suria

Keputusan PRK Permatang Pauh Tentukan Nasib Pakatan - PKR

Dr Afif Bahardin.
PERMATANG PAUH: Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh akan menentukan masa depan Pakatan Rakyat, kata Timbalan Ketua Pemudanya Dr Afif Bahardin.

"Kerusi Permatang Pauh adalah kerusi penting untuk Pakatan dan kita akan mempertahankannya dengan melakukan yang terbaik.

"Kebangkitan dan kejatuhan Pakatan hanya akan diketahui hasil daripada PRK itu.

"Sekiranya kita gagal mempertahankan kerusi itu, ia akan memberikan masalah untuk Pakatan secara keseluruhannya," katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke ladang pisang di Kubang Semang pada Selasa.


Artikel Sebelum

"Jumpa Di Rompin"

Artikel Lain