Pengurus Yuen Wing Wah, 50, disahkan maut sebaik tiba di hospital Kinabatangan manakala pemilik ladang, Danny Wong, 30, masih berada dalam keadaan kritikal selepas kumpulan bersenjata dipercayai pekerja di ladang tersebut melepaskan tembakan sebelum melarikan wang gaji tersebut kira-kira pukul 6 petang Isnin.
Jumlah sebenar wang yang dilarikan masih belum disahkan tetapi ia dipercayai antara RM18,000 dan RM84,000.
Insiden itu berlaku di pejabat Ladang Tongsang di Sukau, Kinabatangan.
Katanya, usaha sedang dijalankan untuk memburu mereka.
Setakat ini tiada sebarang tangkapan dilakukan.