suria

MH370: Pencarian Akan Diperluas Jika Pesawat Belum Ditemui

Tiong Lai (tengah) bersama Yang Chuantang dan Warren Truss (kiri) hadir pada sidang media mengenai kerjasama untuk terus mencari pesawat MH370 yang dilaporkan hilang di Lautan Hindi. Foto: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Operasi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 akan diperluaskan 60,000 kilometer lagi di Lautan Hindi jika pesawat penumpang itu yang hilang pada Mac tahun lepas gagal dikesan di kawasan utama pencarian di dasar laut ketika ini.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai semasa mengumumkan perkara itu selepas menghadiri Mesyuarat Tiga Pihak peringkat menteri bagi mencari MH370 pada Khamis, berkata keputusan itu dibuat susulan nasihat daripada kumpulan pakar.

Menegaskan operasi pencarian dilakukan di lokasi yang betul, beliau berkata kerajaan China, Australia dan Malaysia komited sepenuhnya untuk mencari pesawat itu yang hilang pada 8 Mac tahun lepas bersama-sama kesemua 239 penumpang dan anak kapal. |

"Saya ingin mengumumkan bahawa kami (kerajaan Malaysia, Australia danChina) komited dalam usaha untuk mencari MH370.

"Jika kami gagal mengesan pesawat itu dalam kawasan 60,000 km pertama, kami akan meneruskan dengan fasa kedua pencarian membabitkan kawasan 60,000 km lagi.

"Inilah komitmen yang diberikan oleh ketiga-tiga negara," katanya dalam sidang media bersama-sama dengan Timbalan Perdana Menteri Australia Warren Truss dan Menteri Pengangkutan China Yang Chuantang, selepas mesyuarat kali ketiga itu di sini.

Ketika ini, operasi pencarian sudah meliputi lebih 60 peratus daripada 60,000 km di kawasan terpencil dan keadaan laut bergelora di Lautan Hindi.

Fasa pertama misi pencarian yang bermula pada Oktober tahun lepas, dijangka selesai menjelang akhir bulan ini.

Liow berkata gabungan 120,000 km kawasan pencarian itu meliputi 95 peratus laluan penerbangan MH370. Sementara itu, Truss berkata fasa kedua itu akan bermula selepas fasa pertama tamat dan akan diteruskan sehingga akhir tahun ini.

Katanya fasa kedua itu dijangka menelan kos AUD50 juta, kurang sedikit daripada kos sekarang kerana pasukan pencarian akan menggunakan aset dan peralatan sama yang digunakan dalam misi pencarian sekarang dan kerajaan Australia dan Malaysia akan dipertanggungjawabkan membiayai kos pencarian itu.

Ketika ini, operasi pencarian sudah meliputi lebih 60 peratus daripada 60,000 km di kawasan terpencil dan keadaan laut bergelora di Lautan Hindi.

Fasa pertama misi pencarian yang bermula pada Oktober tahun lepas, dijangka selesai menjelang akhir bulan ini. Liow berkata gabungan 120,000 km kawasan pencarian itu meliputi 95 peratus laluan penerbangan MH370.

Sementara itu, Truss berkata fasa kedua itu akan bermula selepas fasa pertama tamat dan akan diteruskan sehingga akhir tahun ini.

Katanya fasa kedua itu dijangka menelan kos AUD50 juta, kurang sedikit daripada kos sekarang kerana pasukan pencarian akan menggunakan aset dan peralatan sama yang digunakan dalam misi pencarian sekarang dan kerajaan Australia dan Malaysia akan dipertanggungjawabkan membiayai kos pencarian itu.

Truss menegaskan adalah amat penting untuk mencari dan mengesan mana-mana bahagian pesawat itu, khususnya kota hitam bagi membantu penyiasatan.

"Kami fikir ia adalah penting bagi anggota keluarga yang mencari penamatnya, bagi industri penerbangan dan mereka yang menggunakan perkhidmatan penerbangan dari semasa ke semasa bahawa misi pencarian ini berjaya dalam mencapai objektifnya.

"Kami yakin yang kami melakukan pencarian di kawasan yang betul, kami yakinyang kami memiliki peralatan pencarian yang terbaik, dan atas sebab itu, kami optimistik yang kami akan mampu menemukan pesawat ini," katanya.

Yang berkata komitmen China tidak pernah goyah dalam operasi pencarian itutanpa mengira berapa lama untuk mencari pesawat itu.

Sementara itu ketika bercakap kepada pemberita selepas sidang akhbar itu, Ketua Pesuruhjaya Biro Keselamatan Pengangkutan Australia Martin Dolan berkata mereka amat yakin bahawa pesawat malang itu berada dalam kawasan pencarian berdasarkan analisis data yang kosisten dengan "handshakes" MH370.

Setakat ini, empat kapal dikerahkan dalam misi pencarian iaitu GO Phoenix,Fugro Equator, Fugro Discovery dan Fugro Supporter yang dilengkapi kenderaan dalam air autonomi. 

Operasi pencarian telah menemukan kira-kira 220 objek, tetapi semuanya tiadakaitan dengan pesawat malang itu. Pesawat MH370 yang dalam perjalanan ke Beijing hilang daripada imbasan radarselepas kira-kira sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA).

Susulan analisis pada data satelit, dirumuskan pesawat itu telah berakhir diLautan Hindi.

Pada 29 Jan tahun ini, kerajaan mengisytiharkan MH370 kemalangan dan semuapenumpang dan anak kapal dianggap terkorban. -BERNAMA

MH370, Datuk Seri Liow Tiong Lai

Artikel Lain