suria

Zahid: Peserta Demo Turunkan Salib Berhadapan Akta Hasutan

Antara peserta demonstrasi membantah sebuah gereja di Taman Medan di pada Ahad lalu,

SERDANG: Peserta demonstrasi di sebuah gereja di Taman Medan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Sudah tentu tindakan yang perlu akan diambil. Saya dan pihak polis tidak memilih bulu dalam menjalankan tugas. Sesiapa juga... tindakan perlu diambil dan akan diambil.

"Tidak kira siapa yang terlibat, jika sesiapa sahaja menyentuh mana-mana agama, mereka tertakluk kepada Akta Hasutan," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Ketika ditanya sama ada ahli-ahli Umno akan turut berhadapan tindakan disiplin sekiranya mereka terlibat, Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden parti itu, berkata: "Sudah tentu, kerana ia melanggar undang-undang dan perlembagaan Umno, kita perlu menghormati agama-agama lain, jadi mereka perlu berhadapan kesannya."

Pada Ahad, penduduk di kawasan berkenaan mengadakan demonstrasi di luar gereja itu mendesak supaya simbol salib pada bangunan itu diturunkan.

Ketika kejadian, gereja berkenaan mengadakan sesi ceramah agama mingguannya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain