suria

Dr Mohammed Azman Ketua Eksekutif Perkeso Yang Baharu

Dr Mohammed Azman

PUTRAJAYA: Datuk Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed dilantik sebagai Ketua Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) baharu, berkuatkuasa 5 April lalu, umum Kementerian Sumber Manusia.

Mohammed Azman yang sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Eksekutif (Operasi) dan telah berkhidmat dengan Perkeso sejak 15 tahun yang lalu, menggantikan Datuk K. Selvarajah yang tamat perkhidmatan pada 4 April, menurut kementerian itu dalam satu kenyataan, Rabu.

Mohammed Azman berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan dari Universiti Malaya dan juga penerima Fellowship dari Royal College of Physicians, Ireland.

Perkeso ditubuhkan pada 1 Januari 1971 untuk mentadbir dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan Peraturan-peraturan (Am) Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4). -- Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain