KUALA LUMPUR: Bermula 2 Mei, majikan yang memperbaharui permit pekerja asing tidak perlu membayar RM35 untuk perkhidmatan MyEG, kata Datuk Dr Wee Ka Siong. Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata Kabinet membuat keputusan ini dua hari lepas. Menurut beliau, kerajaan akan menanggung kos itu dengan membayar yuran perkhidmatan MyEG mereka daripada levi RM125 yang dikenakan terhadap majikan. "Sekarang, majikan tidak perlu membayar caj tambahan (untuk permit pekerja mereka diluluskan)," kata Dr Wee kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra pada Khamis. Dr Wee juga berkata pembaharuan yang dilakukan melalui kaunter di Jabatan Imigresen akan diteruskan. "Ini akan menyelesaikan seluruh masalah yang dihadapi oleh industri," katanya.