suria

Beri Peluang Generasi Muda Jayakan Wawasan 2020 - Najib

Najib Tun Razak.

PETALING JAYA: Perdana Menteri berkongsi pengalaman peribadi dalam menyeru generasi muda supaya diberi peluang untuk memutuskan bagaimana mereka akan memenuhi Wawasan 2020 pada masa hadapan. 

Menerusi ucapan audio yang disiarkan di dalam laman webnya pada Jumaat, Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu bahawa beliau akan 'melepaskan anak perempuannya' apabila memasuki alam perkahwinan. 

"Sebagai bapa, sukar bagi saya untuk melepaskan anak perempuan saya walaupun dia kini sudah dewasa. 

"Tetapi apabila tiba masanya, saya tetap akan melepaskan dia walaupun dengan hati yang berat, supaya dia boleh menjalani kehidupan dengan berdikari," jelas Najib dalam ucapannya itu. 

Anak perempuan Najib, Nooryana Najwa, 27, berkahwin dengan seorang lelaki warga Kazakhstan, Daniyar Kessikbayez, juga berusia 27 tahun, baru-baru ini.

Najib berkata, Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh bekas pemimpin sebelum ini demi menjaga kesejahteraan generasi akan datang, yang perlu diberi platform untuk merealisasikan dan menjayakan misi tersebut. 

"Generasi muda lebih mudah mengatasi halangan dan dugaan kerana mereka lebih matang serta mempunyai daya ketahanan tinggi," katanya. 

Tambahnya, dalam usaha mendorong mereka untuk menghormati nasihat yang diberikan serta pandangan dari golongan veteran dan berpengalaman, Najib turut mengingatkan kepada golongan veteran bahawa masa kian berubah. 

"Kadang-kadang orang yang lebih berumur kurang berpuas hati dengan berapa banyak perubahan dalam golongan jika dibandingkan dengan zaman mereka dahulu, dan keputusan betul atau salah adalah terletak pada seseorang individu tersebut. 

"Adalah normal sekiranya golongan yang lebih berumur bersifat melindungi golongan muda, tetapi apabila tiba masanya, kita tetap akan melepaskan mereka pergi," katanya. 

Selain itu, Wawsan 2020 turut bertujuan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun tersebut yang diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1991. 

Bagaimanapun, Dr Mahathir yang dipetik sebagai berkata pada Kemuncak Blogger dan Media Sosial Dunia, Khamis lalu: "Saya berpendapat kita akan mempunyai pendapatan per kapita, namun tidak akan menjadi sebuah negara maju."

Najib Tun Razak

Artikel Berikut

Artikel Lain