suria

30 Pelajar Tahfiz Di Dungun Hilang Tempat Berteduh

Gambar hiasan.

DUNGUN: Seramai 30 pelajar Pusat Pengajian Islam dan Tahfiz Ribat Assyafie di Taman Murni Perdana di Paka cemas bila asrama mereka hangus dijilat dalam satu kebakaran petang Sabtu. 

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 5.45 petang itu telah memusnahkan sebuah blok rumah kedai yang telah diubahsuai menjadi sebuah asrama pelajar tahfiz terbabit dan ketika kejadian para pelajar sedang melakukan aktiviti riadah di hadapan pusat pengajian Islam tersebut.

Seorang pelajar Mohd Zulkarnain Abdullah, 11, berkata, "Kesemua baranganseperti jubah pengajian, al-Quran dan beberapa barang keperluan yang baru dibeli semalam musnah".  

Komandan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Hassamudin Yusof berkata pihaknya menerima panggilan berkenaan kira-kira pukul 6 petang dan dua buah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Paka dan Kerteh bersama kekuatan sembilan anggota ke tempat kejadian. 

"Semasa kami tiba, sebanyak 60 peratus bangunan tersebut telah terbakar dan keadaan ruang yang tertutup menyebabkan api marak cepat sehingga memusnahkan keseluruhan dalaman bangunan tersebut," katanya.

Api berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 7.30 petang dan punca kebakaran dan kerugian masih lagi dalam siasatan pihak bomba.

Tahfiz, Dungun

Artikel Lain