suria

MH17: Berlin Tahu Risiko Terbang Di Ruang Udara Ukraine

FRANKFURT: Berlin mengetahui tentang risiko terbang diruang udara kawasan perang di timur Ukraine sebelum penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH17 ditembak jatuh tahun lepas, tetapi tidak memaklumkankannya kepada syarikat penerbangan Jerman, media tempatan melaporkan, Ahad.

Penyiasat masih cuba untuk menentukan siapa yang bertanggungjawab menembak jatuh Boeing 777 pada Julai tahun lepas, yang membunuh semua 298 penumpang dan anak kapal.

Kabel diplomatik Kementerian Luar Jerman beberapa hari sebelum kemalangan itu memberi amaran keadaan di timur Ukraine adalah 'membimbangkan', dan pesawat tentera telah ditembak jatuh di kawasan yang sama pada ketinggian lebih 6,000m, menurut penyiar WDR dan NDR.

Pada hari berlakunya nahas MH17 "tiga pesawat Lufthansa juga terbang di atas kawasan itu, termasuklah sebuah pesawat yang terbang hanya 20 minit sebelum penerbangan MH17", menurut akhbar Suddeutsche Zeitung dalam penerbitannya, Isnin.

Ukraine dan Barat mendakwa pemisah menembak jatuh pesawat menggunakan peluru berpandu permukaan yang dibekalkan oleh Rusia naum dinafikan oleh Moscow dan pemberontak, yang seterusnya menyalahkan Kiev.

Pihak berkuasa Belanda mmenguasai siasatan terhadap punca-punca kemalangan itu.
MH17, ruang udara Ukraine

Artikel Lain