PETALING JAYA: Wanita yang bertindak menanggalkan pakaiannya di Petaling Street, Kuala Lumpur didapati positif methamphetamine, menurut polis, Ahad. "Ujian air kencing dijalankan ke atas suspek yang ditahan berikutan laporan kesalahan mengenai kesopanan di tempat awam di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan, dan air kencingnya didapati positif methamphetamine," kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah. Beliau berkata suspek adalah seorang pekerja spa berusia 32 tahun di Kuala Lumpur. Pada Sabtu, polis menahan seorang wanita dari Sabah, yang mana videonya dengan aksi pergaduhan, menanggalkan baju dan coli serta kemudian berjalan di kawasan pelancongan yang popular, Petaling Street tersebar di internet. Zainol mengesahkan bahawa wanita itu ditahan di sebuah hotel di Jalan Sultan kira-kira pukul 5.30 pagi. Dalam video itu, beliau telah dilihat bertengkar dengan seorang wanita lain dan kemudian bertindak menanggalkan pakaian yang dipakainya. Kejadian itu berlaku pada jam 4.30 petang Khamis. "Dia makan di sebuah restoran di Jalan Petaling dan tidak mahu membayar makananannya," kata Zainol. Beliau berkata, wanita itu mungkin mabuk kerana dia telah minum dua botol bir di restoran tersebut. "Dia dimarahi pemilik dan mengejeknya," katanya sambil menambah pemilik restoran itu tidak membuat laporan polis. Wanita itu menanggalkan pakaiannya untuk mengelak daripada membayar bil berjumlah RM18. Dia berkunjung ke restoran nasi ayam dengan seorang lelaki, menurut saksi.