suria

GTP: NKRA Banteras Rasuah Wujud Rangka Kerja Telus

KUALA LUMPUR: Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) membanteras rasuah berjaya mewujudkan rangka kerja yang teguh untuk mengenal pasti, mencegah dan mendakwa salah laku rasuah dengan lebih berkesan.

Menurut Laporan Program Transformasi Kerajaan (GTP) Tahun 2014, NKRA membanteras rasuah telah mengukuhkan pelbagai mekanisme pelaksanaan dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan agensi-agensi lain.

Fokus awal NKRA tertumpu pada penguatkuasaan, khususnya berkaitan dengan amalan perolehan kontrak kerajaan, skop inisiatif ini telah diperluaskan merangkumi langkah pencegahan melalui pendidikan dan aktiviti-aktiviti memupuk kesedaran.

Laporan GTP 2014 menyatakan NKRA membanteras rasuah berjaya memperoleh pencapaian penting dengan penubuhan Jawatankuasa Integriti dan Tadbir Urus (JITU) di setiap kementerian dan agensi kerajaan.

JITU adalah mekanisme sektor awam bertujuan merancang dan melaksanakan langkah pencegahan serta penyelesaian untuk menangani kelemahan dalam aspek tadbir urus dan integriti.

Inisiatif ini melibatkan pembentukan Unit Integriti di semua kementerian,kerajaan negeri dan agensi. Ia diwakili oleh Jawantakuasa Kebangsaan yang dianggotai wakil dari seluruh negara dan bermesyuarat dua kali pada tahun 2014.

Selain itu, pencapaian NKRA membanteras rasuah juga mengadakan sesi komunikasi media Ketua Setiausaha kementerian berhubung Laporan Ketua Audit Negara yang dibentangkan pada setiap sesi Parlimen.

Pada tahun 2014, proses pembentangan ini dipertingkatkan lagi menerusi sesi komunikasi media Ketua Setiausaha Negara dan Ketua-ketua Setiausaha yang bertujuan memberikan penjelasan terhadap kebimbangan orang ramai mengenai kandungan laporan ini. Sesi komunikasi ini membantu memberikan pemahaman yang lebih objektif dantelus akan penemuan Ketua Audit Negara.

Berikutan itu, NKRA membanteras rasuah juga menubuhkan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) yang ditubuhkan pada tahun 2014 untuk meningkatkan tahap integriti dan etika pegawai polis.

Tujuan penubuhan jabatan baharu ini adalah untuk memastikan pegawai polis mematuhi tatakelakuan yang ketat dan tidak mengabaikan tanggungjawab mereka.

Sejak penubuhannya, JIPS telah mula mengadakan serbuan tersasar dan jugasecara rawak terhadap pegawai polis. Kesemua pencapaian ini merupakan hasil pelaksanaan pelbagai inisiatif NKRA membanteras rasuah yang merangkumi empat aliran kerja yang berbeza iaitu agensi penguatkuasaan, rasuah besar, perolehan kerajaan, pendidikan dan sokongan orang ramai.

Daripada 21 inisiatif yang dibuat, 16 daripadanya sudah dilaksanakan ataupun dalam proses pelaksanaan. Sebagai contoh, kerajaan sedang membuat persiapan untuk meminda rang undang-undang untuk memasukkan Perutukan Liabiliti Korporat dalam Akta SPRM pada tahun ini, menurut laporan itu.

GTP Rasuah

Artikel Lain