suria

Produk Herba Bernilai Tinggi Antara Kejayaan Pacu NKEA Pertanian 2014

Herba yang dihasilkan daripada tongkat ali mendapat sambutan tinggi.

KUALA LUMPUR: Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Pertanian kekal mampan sepanjang 2014, dengan beberapa siri kejayaan termasuk kemajuan inisiatif Produk Herba Bernilai Tinggi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata NKEA Pertanian akan terus dipacu bagi menjamin sumber makanan yang mencukupi untuk rakyat serta aspek jaminan keselamatan bagi makanan negara.

"Saya difahamkan, hasil penyelidikan terhadap kegunaan komersil sesuatu herba yang dilanjutkan kepada ujian praklinikal atau klinikal, mampu melonjakkan nilai produk herba tersebut.

"Sebagai contoh, ekstrak herba Tongkat Ali, mampu mencecah harga RM2,800 sekilo setelah proses piawaian berbanding harga Tongkat Ali mentah pada harga hanya RM2 sekilo," katanya dalam ucapannya pada majlis Pelancaran Laporan Tahunan 2014 Program Transformasi Ekonomi (ETP) di sini, Selasa.

Najib berkata NKEA Pertanian juga memain peranan penting sebagai pemudah cara untuk terus mengupayakan syarikat-syarikat besar di samping memperkasakan pengusaha kecil-kecilan dalam bidang ekonomi.-- Bernama


Artikel Lain