suria

PRK Rompin: Pahang Umum Cuti Peristiwa 5 Mei

ROMPIN: Kerajaan Pahang mengisytiharkan 5 Mei ini sebagai cuti peristiwa bagi memudahkan pemilih berdaftar di kawasan Parlimen Rompin mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) berkenaan.

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang dipengerusikan Menteri Besar Datuk Seri  Adnan Yaakob pada Rabu.

"Keputusan ini diambil bagi membolehkan rakyat untuk keluar beramai-ramai mengundi pada Hari Pengundian Pilihanraya Kecil Parlimen kawasan Rompin," katanya.

Hari pengundian PRK Rompin ditetapkan pada 5 Mei ini, manakala pengundian awal pada Khamis.

Kerusi Parlimen Rompin diisytiharkan kosong berikutan kematian penyandangnya Tan Sri Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor 4 April lalu.

PRK Rompin menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Datuk Hasan Arifin dan Nazri Ahmaad, mewakili PAS.

Artikel Lain