KUALA LUMPUR: Gempa bumi berukuran 6.7 pada skala Richter berlaku di wilayah New Britain, Papua New Guinea pada pukul 4.06 petang Jumaat. Menurut Jabatan Metereologi Malaysia, pusat gegaran ialah 111 km dari barat daya Kokopo, Papua New Guinea dan 3,839 km dari tenggara Semporna, Sabah. Ia tidak mendatangkan ancaman tsunami.