Walaupun dalam keadaan hujan lebat, mereka tetap tidak berganjak dan meneruskan flashmob dengan menggunakan payung.
Malah, ada penyokong yang sanggup membawa anak-anak kecil yang membawa plakad tertulis 'Katakan tidak pada GST' dan 'GST mencengkam rakyat' dalam flashmob yang berlangsung kurang 20 minit.
Penyokong turut memegang gambar calon PAS, Nazri Ahmad, yang menjadikan GST sebagai modal kempennya untuk menyerang BN pada PRK Rompin.
Turut kelihatan, Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan Tantawi.
Nasrudin sempat bersama penyokong selama lima minit sebelum beredar dari lokasi tersebut.
Beberapa kenderaan turut membunyikan hon kereta sebagai tanda sokongan kepada flashmob tersebut.