suria

Kerajaan Terus Lindungi Dasar Wujud Bersama Yang Harmoni - PM

Datuk Seri Najib Tun Razak
KUALA LUMPUR: Ajaran utama dan prinsip perkongsian amalan agama Buddha adalah sejajar dengan falsafah kesederhanaan, yang Malaysia usaha pupuk dan amalkan dalam kehidupan seharian, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata agama Buddha menganjurkan sikap harmoni dan tidak mementingkan diri.

Dengan demikian, kerajaan akan terus melakukan apa saja yang mungkin bagi melindungi dasar kewujudan bersama pelbagai agama dan etnik dari ancaman extremisme.

"Ini kerana kepelbagaian Malaysia itulah kekuatan kita.

"Semoga ini terus menjadi aset yang paling kita hargai, dan sumber kebanggaan dan perpaduan kita semua," kata beliau dalam perutusan sempena Hari Wesak yang disambut Ahad.

Perdana Menteri mengucapkan selamat Hari Wesak kepada penganut Buddha.


Artikel Lain