suria

Kemalangan DUKE: Dua Pemandu Myvi Didakwa Pada Jumaat

Pemilik kereta Myvi ini bakal didakwa pada Jumaat di Mahkamah Majistret Jalan Duta.

KUALA LUMPUR: Dua pemandu Myvi yang terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE) yang mengorbankan tiga sekeluarga Sabtu lepas akan didakwa di Mahkamah Majistret Jalan Duta pada Jumaat. 

Perkara itu disahkan Ketua Polis Trafik Bukit Aman Datuk Mohd Fuad Abd Latiff kepada Bernama pada Khamis.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan butiran terperinci berkenaan pertuduhan berkenaan. 

Dalam kejadian kira-kira 1.05 pagi itu, sepasang suami isteri Fairuz Nizam Husain, 35, isterinya Nova Safitri Azhari, 25, serta bayi mereka Nur Firuza Annisa, 7 bulan, maut dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di KM6.2Lebuhraya DUKE dari arah Ulu Klang menghala Jalan Duta. 

Susulan kejadian itu, polis telah menahan seorang lelaki berusia 31 tahun dan wanita berumur 35 tahun. 

Mereka bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis.

pemandu Myvi, DUKE

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan