suria

PRK Pmtg Pauh: Suhaimi Teruja Undi Diri Sendiri

BUKIT MERTAJAM: Calon Barisan Nasional (BN), Suhaimi Sabudin teruja apabila pertama kali memangkah diri sendiri dalam kertas undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh yang berlangsung Khamis.

Suhaimi, 44, yang hadir mengundi bersama ibunya, Che Jan Ahmad, 70,  di Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu di sini kira-kira pukul 8.10 pagi turut menyeru pengundi supaya keluar awal menunaikan tanggungjawab masing-masing.

"Perasaan saya berbeza dengan ketika mengundi sebelum ini. Kali ini saya pangkah diri sendiri.

"Ahli keluarga saya yang lain juga sudah keluar mengundi dan orang-orang kampung saya juga sudah berjanji akan keluar mengundi awal. Saya harap yang lain juga jangan tunggu sampai petang," katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Selain itu Suhaimi turut menyeru pengundi supaya memberi peluang kepadanya untuk melakar sejarah baharu di Permatang Pauh di bersama BN.

"Saya mohon restu untuk kita melakar sejarah baharu di Permatang Pauh.

"Bagi saya peluang…insyaAllah akan buat yang terbaik," katanya.

Diminta mengulas mengenai peluang untuk menang, Suhaimi bagaimanapun menyerahkan nasibnya kepada pengundi.

"InsyaAllah pengundi akan tentukan," katanya.

Permatang Pauh

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain