BINTULU: Tiga lelaki maut dalam kemalangan melibatkan sebuah lori yang membawa muatan baja dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Km75 Jalan Bintulu-Miri pada pukul 5.45 pagi Kahmis. Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, Farhan Sufyan Bolhan mengesahkan tiga maut termasuk pemandu kenderaan pacuan empat roda tersebut. "Kesemua mangsa tersepit dan dihimpit oleh lori yang sarat dengan muatan baja itu," katanya sambil menambah mangsa telah dikeluarkan menggunakan bantuan kren. Setakat ini mangsa yang telah dikenal pasti ialah Bolhasan Bujang, 35, manakala dua lagi mangsa dalam proses untuk dikenal pasti dengan proses mengeluarkan kesemua mangsa bermula pada pukul 9.05 pagi dan berakhir pada 11.15 pagi. Operasi menyelamat dijalankan oleh lima anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Samalaju dengan menggunakan sebuah jentera.