suria

Jabatan Kesihatan Selangor Sahkan Kes Murid Dijangkiti H1N1

SHAH ALAM: Jabatan Kesihatan Selangor mengesahkan seorang murid di sini dijangkiti virus Influenza A (H1N1).

Pengarahnya, Dr S. Balachandran berkata, bagaimanapun kes tersebut tidak serius dan murid tersebut telah diberikan beberapa kaedah rawatan yang diperlukan untuk mengatasi jangkitan tersebut.

"Sekolah tersebut telah diberikan langkah-langkah penjagaan kesihatan oleh kakitangan jabatan kesihatan daerah," katanya pada Khamis.

Mengenai murid-murid lain yang mungkin terkena jangkitan tersebut, Dr Balachandran berkata," Semua rakan sekelasnya berada dalam keadaan baik."

Pengarah Pelajaran Negeri, Zainureen Mohd Noor berkata murid tersebut baharu sahaja pulang dari luar negara.

"Saya rasa murid itu masih belum kembali ke sekolah lagi," kata Zainureen.

Sekolah tersebut bagaimanapun tidak dapati dihubungi untuk mendapatkan sebarang komen.

Menurut laporan Bernama, murid Tahun Dua itu mengalami demam, batuk dan kesejukan pada Sabtu lalu dan dimasukkan ke sebuah hospital swasta pada hari berikutnya.

Keputusan makmal mendapati pelajar itu dijangkiti virus tersebut, kata jabatan itu dalam satu kenyataan.

Adik mangsa yang berusia tiga tahun turut dijangkiti virus itu. Kedua-duanya kini sedang berehat.

Menerusi pemeriksaan ke atas empat lagi ahli keluarga murid tersebut mendapati mereka bebas daripada virus H1N1.

Rakan mangsa juga didapati tidak terkena jangkitan tersebut.


H1N1, Selangor

Artikel Lain