suria

Melancong Sambil Adakan Ibadah Korban Di Langkawi

LANGKAWI: Melancong sambil mengadakan ibadah korban semasa sambutan Aidiladha, antara pakej yang akan diperkenalkan Persatuan Homestay Langkawi tahun ini.

Pengerusinya Mokhtar Shahabudin berkata pakej pelancongan itu akan dipromosikan semasa program Homestays Travel Malaysia Fair 2015 yang bermula Jumaat  ehingga 11 Mei depan di Pusat Ekspo, Konvensyen dan Pameran Singapura.

"Program itu dijangka akan menarik lebih ramai pelancong Singapura ke Langkawi," katanya.

Mokhtar berada di republik berkenaan bagi menyertai program promosi pelancongan anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan yang turut melibatkan 10 negeri lain.

Menurutnya persatuan yang mewakili 105 pengusaha inap desa di Langkawi itu telah mengadakan promosi pelancongan di Jepun April lepas yang telah mendapat sambutan hangat dari kalangan rakyat di negara matahari terbit berkenaan.

Korban, Langkawi

Artikel Lain