suria

Ahli Lembaga 1MDB Perlu Beri Penjelasan, Bukan PM: MCA

Chew Mei Fun.
KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Berhad (1MDB) perlu menjelaskan situasi 'sebenar' syarikat tersebut dan bukannya menyerahkan perkara itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun.

"Sama seperti orang lain, kami juga mahu gambaran yang jelas mengenai isu 1MDB dan ia adalah tugas (lembaga pengarah) untuk menyediakannya.

"Kami tidak merasakan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak perlu ditanya untuk jawapan," katanya pada sidang media di sini.

Chew berkata 'orang tertentu' diarahkan untuk memantau projek tersebut dan mereka 'harus tampil dan memberi penjelasan kepada rakyat'.

"Ia adalah sesuatu yang boleh memberi kesan kepada negara, jadi sekarang masa untuk memberi penjelasan yang telus mengenai isu ini," katanya.

1MDB mencetus kontroversi kerana dana pembangunan strategik milik penuh kerajaan itu kini mempunyai hutang hampir RM40 bilion sejak 2009.

Baru-baru ini, Lembaga Tabung Haji dikritik berikutan perjanjian pembelian tanah dengan 1MDB di Tun Razak Exchange.
1MDB, Chew Mei Fun, Najib Tun Razak

Artikel Lain