suria

Pikap Gesa Kerajaan Pertimbang Cadangan Naikkan Kos Ambil Pembantu Rumah Indonesia

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kebangsaan Agensi Pekerjaan Malaysia (Pikap) pada Rabu meminta kerajaan mempertimbangkan cadangan untuk menaikkan kos pengambilan pembantu rumah warga Indonesia.

Presidennya, Datuk Raja Zulkepley Dahalan berkata kos pengambilan sebanyak RM7,800 yang ditetapkan sebelum ini, dilihat tidak lagi relevan dengan kos semasa yang kini mencecah RM12,000 untuk seorang pembantu rumah.

"Untuk mendapatkan pembayaran biodata seorang pembantu rumah warga Indonesia sahaja sudah meningkat kepada RM8,000.

"Ini tidak termasuk kos levi, pemeriksaan perubatan, cukai barang dan perkhidmatan (CBP), deposit dan pengangkutan," katanya pada sidang media, di sini, Rabu.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Presiden Asosiasi Perusahaan Jasa Tenaga Kerja Indonesia (APJATI) Ayub Umar Basalamah.
Pikap, pembantu rumah, Indonesia

Artikel Lain